TENTANG KAMI
Jabatan Pembedahan menyediakan perkhidmatan pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang merangkumi perkhidmatan pesakit dalam (In-Patient), pesakit luar (Out-Patient), pembedahan elektif (Elective Surgery), pembedahan kecemasan (Emergency Surgery), pembedahan sehari (Day Care Surgery) dan endoskopi (Endoscopy).
Jabatan kami mempunyai empat unit utama iaitu Wad Pembedahan (Wad 3B, 3A dan 5A), Unit Endoskopi, Pembedahan Sehari (Daycare Surgery) dan Klinik Pesakit Luar Pembedahan (SOPD).
Kami juga merupakan pusat rujukan utama bagi kes pembedahan di Negeri Sembilan serta pusat latihan bagi Pegawai Perubatan Siswazah, Program Sarjana Pembedahan Am dan Subkepakaran (Fellowship).
​
MISI​
Memberikan perkhidmatan diagnosis, rawatan dan pemulihan yang terbaik, berkesan dan berkualiti tinggi kepada pesakit.
​
Menyediakan rawatan yang holistik dan menyeluruh untuk kesejahteraan pesakit.
​
Menambah baik mutu perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini bagi mempercepatkan proses pemulihan pesakit.
​
​​
VISI
Memastikan pesakit menerima perkhidmatan terbaik dari kemasukan ke wad hingga discaj. Menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti tinggi dengan bantuan teknologi seiring kemajuan semasa bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan progresif.
​​
PERKHIDMATAN KAMI​
​
Pembedahan Am
Pembedahan Kolorektal
Pembedahan Hepatobiliari
Pembedahan Payudara & Endokrin
Pembedahan Trauma
Pembedahan Pediatrik
Pembedahan Neurosurgeri
Pembedahan Urologi
Pembedahan Plastik
​
​


